pertama kali aku melihatnya
aku trtanya sendiri
mengapa merah jambu mnjadi pilihannya
aku mnjadi ragu dgn dirinya yg brmata bulat, bibirnya seperti dicium gincu
memang luarannya tidak seperti teruna lain yg biasa aku kenali
kali kedua aku melihat dia
aku brkata pada diriku sendiri
ini teruna yang xpeduli tentang orang lain
ini teruna memang tinggi egonya
kali ketiga dan keempat aku kenali dia
aku sedar dia tidak seperti kata2 ku sebelum ini
banyak tekaan aku tidak kena pada sasarannya
semakin hari ku kenalinya
semakin kagumnya aku dengan dirinya
bersama dengannya, aku dapat melihat kembarnya
tidak seperti dirinya apabila bersama orang sekelilingnya
lama lama aku paham cara pemikirannya
dan ada masanya aku yang dapat melihat sesuatu yang dia sendiri tidak nampak
tidak dinafikan aku amat tertarik dengannya
sejujurnya dia,dia tidak perasan dia mengubah diriku ini
begitu lurusnya dia,dia tidak perasan aku semakin gembira
tapi rahsia kemudian brbicara tanpa relanya
aku ingat aku sudah kehilangannya
rupa rupanya aku tidak paham dirinya
silap ku sendiri kerana leka berbicara
silap ku sendiri kerana sangat selesa dengannya
tapi syukur semuanya kembali pulih
aku tetap menyimpan perasaan ini terhadapnya
kerana semestinya masa memainkan kami berdua
teman teman ku garu kepala mendengar cerita tentang kami
aku berkata sendiri
mereka tidak paham
bukan semuanya dapat kita miliki begitu sahaja
apa isi di dalamnya, kita tidak tahu
biar aku mengorek sikit sikit
biar die mengorek sikit sikit
biar saja masa menentukan segalanya
No comments:
Post a Comment