Monday, September 22, 2008

Kimia Sempurna~Wany Ardy

Benarlah kata
Benarlah kata pepatah
Yang mengatakan penantian itu penyeksaan
Tapi dengarlah
Tapi dengarlah wahai teman
Baik terseksa kini dari masa depan

Usah kau terjun dalam hubungan
Yang sunyi tanpa perasaan
Hanya kerana kau mahu pasangan
Usah kau bertindak semberono
Hanya kerana terasa kosong
Itu lebih mensia-siakan umur

Jangan berputus asa
Mencari dia
Kimia sempurna
Mungkin dia di sini
Yang kau kejar, tak dapat
Yang hampir, kau cicir

Benarlah kata
Benarlah kata pepatah
Yang mengatakan cinta itu sememangnya buta
Kerana akal
Kerana akal yang berfikir
Bukan hati, yang merasa tanpa rasional

Semua perlukan kesabaran
Mencari ataupun mengekalkan
Dia untuk tua bersama
Tanggan digenggam, pipi dikucup
Di depan anak dan juga cucu
Dari pelamin hingga ke katil maut

Jangan berputus asa
Mencari dia
Kimia sempurna
Mungkin dia di sini
Yang kau kejar, tak dapat
Yang hampir, kau cicir

No comments: