Friday, October 31, 2008

hancur

kebumikan kata-kata dusta mu
timbus segala ayat durjana mu
berapa lama hati ini diheret
untuk menjaga air muka mu
ku mengangkat kegembiraanku
lalu ku luhur kepada mu
terbenam rasa amarah dan cemburu
padat otak dengan soalan cibai
satu persatu rasa aku bunuh
agar tiada hipokritnya hubungan kita
tiada gunanya kita berbalas sakit
jika jiwa kacau itu habuannya
satu dua tiga
nombor bukan kiraannya
namun lakuan dan ngomongan,pengukur setia
apa tiada maknanya memori bersama??
tidak kukuh ikatan kita sehingga itu yang kau ucapkan??
fikiran-fikiran kolot itu memanah semangat aku
sampai ya, jauh pergi otakmu melayang
aksi badut mu berkontra aksi hero mu
aku nafikan segala ungkapan bahawa kau tahu perasaan aku
begitu senangnya kau merampas semua dariku
sekarang engkau buang tapi mengharapkan dia ada
sayang cinta
wujudkah dalam jiwa kamu??
salah kau tafsir dia,salah
salah kau tafsir minda,salah
tapi usah bimbang
aku tetap dengan janji-janji aku
nescaya aku membunuhnya sekali..

No comments: