Kita semua berkait, bagus ke?
Kalau dulu, itu sebabnya kita kita dah tak bertegur, itu sebabnya hati kita terguris dan mengguris dan diguris. Itu sebabnya kita mencari ketenangan di lain tempat, jauh dari tempat kita.
Nun sana kita jejaki, terjumpa sisa tempat asal. Tergaru kepala juga, macam mana boleh terjadi. Kita sudah berlelah berpeluh berlarian, tetap gagal tinggalkan semuanya di belakang.
"Kamu mengekori minda aku, menjadi bayangan selama 24 jam 7 harian."
"Aku di sini sebab kau ingat aku senang dibuang ke dalam lubang hitam di angkasa. Mana boleh, kau tak sedar lagi."
Selagi sisa memberi tiada ketenangan, harus sedar kerana adanya kerja yang masih perlu dilakukan. Mahukah kau dihantui sedangkan perkara itu boleh dielak?
Berdepanlah dengan ketidaksenangan itu, baru kamu tahu mana harus di tuju. Mungkin sisa sisa jika dikumpulkan, dapat membentuk sesuatu yang baru dan indah.
Mungkin juga sisa sisa itu boleh memenuhi dan menutupi kekosongan lubang lubang yang kita kita membesar dengan. Mungking sisa sisa itu seperti antidote, boleh juga membuat kau rasa baru dilahirkan.
No comments:
Post a Comment